//My Tester
Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DBoard|
Nonthing.
Saturday, November 9, 2013 | 12:40 AM | 0dreamer (s)
Apa yang tak kena dengan aku sekarang ni ? Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Ada je yang tak kena. Sekejap termenung sana sini. Hhmmm. Yang aku fikirkan sekarang  ni aku nak sangat seseorang yang boleh dengar masalah aku, yang boleh dengar aku menangis, yang boleh pujuk aku bila-2 masa time aku sedih. Kalau boleh aku nak dia ada masa aku sedih ataupun gembira. Aku nak sangat jumpa orang macam tu. Kalau aku jumpa, aku nak luahkan segala-galanya kat dia.
STOP BERHARAP !
Sunday, January 27, 2013 | 7:53 AM | 0dreamer (s)
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)
Tolong la wei. Jangan paksa aku. Aku dah penat dengan semua ni. Aku ingat kau dah boleh lupakan aku. Rupanya tidak, kau still berharap yang aku akan balik-2 dengan kau. Itu semua dalam mimpi. Sorry to say. Kawan kau semua cakap dekat aku supaya KESIAN dekat kau and terima kau balik. Huh. Perlu ke aku KESIAN dekat kau ? Aku rasa tak. Buat apa aku nak kesian dekat kau, padahal diri aku sendiri takde siapa nak kesian. Lebih baik aku kesian dekat diri aku sendiri daripada aku kesian dekat kau. Aku pun tak tahu kenapa aku tak suka dengan kau sekarang ni.


Hhmmm~ 1 tahun aku pendam perasaan aku. Aku malas nak cerita dekat orang apa yang aku rasa. Biarlah aku sorang sahaja yang tahu apa yang aku rasa selama ni. Dalam 1 tahun berapa kali kita break berapa kali kita get back. Berapa banyak peluang aku kasi dekat kau. Aku dah penat dengan semua ni wei. Sudah-2 latu berharap. Aku tak akan balik-2 dengan kau. Aku harap kau faham. Selama ni aku get back dengan kau semua sebab kawan-2 kau paksa aku, kalau kau nak tahu la... Sometimes aku rasa keputusan aku sebelum ni semuanya bodoh. And now, aku dah fikir yang aku takkan get back balik dengan kau. Muktamad !
S.T.R.E.S.S
Friday, January 25, 2013 | 5:40 AM | 0dreamer (s)
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :) 


   Hello holla holli :D Dah lama tak update blog. Rindu gilaaaaa *lompat mcm org gila* hahaha. K firstly, zana nak cerita pasal tahun 2013. Tahun baru. Tahun baru mesti korang ada azam baru betul tak ? Mestilah betulkan, hihi. Zana nak kongsi azam zana dengan korang *siapa yg baca blog zana la ek* Azam zana, zana nak straight A dalam PMR :) Siapa yang bacth's 98 kita geng! Hope tahun ni PMR senang, maklumlah bacth's last PMR kan. So, korang kena la belajar rajin-2. Korbankan masa dan macam-2 lah korang kena korban. Bukan korban lembu semua tu ek =,= tu dah ke lain.
  
   Semenjak sekolah pagi nikan, zana asyik pening je bila balik sekolah. Sakit pulak tu rasanya. Hmmm ibu kata sebab zana stress. Maybe ? *garu kepala* yela mananya tak stress. Bangun pukul 5.30. Pergi sekolah pukul 6.30. Balik sekolah pukul 1.05. Sampai rumah pukul 2.00. Kalau stay balik pukul 5.00. Pastu petang gi tuisyen pukul 5.30 hingga 10.15. Balik tuisyen buat kerja sekolah. Perghh padatkan masa zana ? Tidur pun kadang-2 berapa jam je.Kalau korang ada dekat tempat zana sekarang ni mesti korang akan rasa apa yang zana rasa. Mesti korang tak sanggup, kan ? Alhamdulillah kalau stress ke apa ke ada jugak orang yang akan hiburkan zana macam kawan-2 dan family :) thank you guys. Itu namanya korbankan masa untuk belajar. hahaa *belajar la sangatkannnn :P* hahahaha. 

   Baru zana tahu belajar makin lama makin susah and then belajar pun penat sebenarnya. Siapa yang ambil UPSR, PMR, SPM and STPM semoga berjaya :) Belajar bersungguh-sungguh. Bye bye *lambai tangan*
One thing that I want :')
Wednesday, December 5, 2012 | 8:39 AM | 0dreamer (s)
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)



Best Friends ? Yes. Sahabat lah yang zana mahukan selama ni :) . Hhhmm ~ Eighteenagers ? I don't think eighteenagers my bestfriend. I just think they're my friend not my best friend. I'm so sorry guys :'( . Bukannya aku nak cakap korang bukan kawan aku. Korang memang kawan aku sampai bila-2, tapi .... Susah sangat aku nak jelaskan. Walau apa pun yang terjadi aku takkan tinggalkan eighteenagers. Itu pun kalau eighteenagers ada lagi pada tahun yang akan datang.

Okay now zana nak bercakap about best friends. Best friend ertinya sahabat sejati. Sahabat yang selalu bersama kita walau apa jua keadaan. Kita pergi mana-2 mesti ada dia. Time kita sedih dia pujuk kita, time kita gembira dia pun gembira, time kita ada masalah dia akan bantu kita. Dan kita saling tolong-menolong antara satu sama lain. Right ?

Zana nak cari seorang sahabat yang betul-2 boleh jadi sahabat zana sampai bila-2. Actually, zana nak seorang sahabat lelaki. Hihi. Gatalnya aku ni. HAHAHA xD. Tak salah kan ? Zana terjumpa ni dekat images google ... 
YEAHHH :B Maybe ?
 Mungkin jugakkan ? Semua perempuan nakkan seorang sahabat lelaki, termasuk aku. Daripada dulu zana tak pernah rapat dengan budak lelaki, kecuali ada la beberapa orang. Malas nak cerita kisah silam. Macam best je dapat sahabat seorang lelaki. Bila la aku nak dapat seorang sahabat ek ? InsyaAllah akan datang :) I Love this words ....

 OH YEAAAAHHHHH. AWESOME !
That's why i want a GUY Best Friends. Because they're the best ! If tak dapat a GUY Best Friends, yang perempuan pun aku dah bersyukur. Semoga Allah menemukan aku dengan seorang hamba Allah yang ikhlas ingin menjadi sahabat aku hingga ke akhir hayat :')

ONE DAY.
Bukan senang kita nak jumpa seseorang yang betul-2 memahami kita, kan ? Kita mudah untuk mencari seseorang yang dipanggil kawan tapi kita susah untuk mencari seseorang yang dipanggil sahabat. Betul tak ? Siapa yang mempunyai sahabat, jagalah sahabat anda dengan baik jaga seperti anda menjaga ibu bapa anda. Tapi jangan terlampau lebih-2kan seorang sahabat berbanding ibu bapa pulak ek ? Ingat Allah mesti yang pertama. Ibu bapa yang kedua. Sahabat adalah yang ketiga. Faham ?

Okay Goodnight guys. Sampai sini sahaja saya ceritakan. Assalamualaikum.
N.O.V.E.L
Monday, December 3, 2012 | 8:23 AM | 0dreamer (s)
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)



Novel Yang bertajuk "CINTA KONTRAK"

This time i want to story about novel yang zana baca. "Cinta Kontrak". Cerita ni so sweet.
Novel ni mengenai seorang  gadis kampung dan seorang pemuda kacukan Perancis. Gadis ini bernama Nur Alia Airysha dan jejaka ini pula bernama Muhammad Danial Franz. Woaah ! mamat ni mesti hensem. Haha. K aku sempat jugak berangan. haha. Airysha seorang minah brutal, takdir telah menemukan Airysha dengan Danial yang ego di butik mami Danial. Danial ingin menikahi Airysha dengan bersyarat. Danial telah menyediakan kontrak. Di saat akad nikah, Airysha ingin melarikan diri dan ingin membatalkan kontrak yang telah disediakan oleh Danial. Apakah yang akan terjadi seterusnya ? Adakah mereka jadi kahwin ? Anda kenalah beli novel ni. Ceeh. Sempat jugak aku promote. Btw, novel ni zana pinjam kawan punya je. hahahhaa xD

Sambung ... Akhirnya mereka berkahwin. Sebab apa Airysha terima ? Airysha terima selepas mendengar cerita yang telah diceritakan oleh Datin Aleeya mami kepada Danial. Datin Aleeya menceritakan tentang Nur Syuhada bekas kekasih Danial yang telah meninggal dunia. Nur Syuhada adalah cinta pertamanya. Airysha berkata didalam hati "Aku hanyalah wanita biasa. Yang mudah jatuh pada kata-2. Biarpun ia dusta , aku juga akan mempercayainya. Haru jiwa raga dengar story morry Datin Aleeya."

Sepanjang mereka menjadi suami isteri, mereka sentiasa bergaduh. Sometime gaduh-2 manja. Aahhh ! Sweet sangat :3 Jelenyaaaa. Haha. *muka geram* Kadang-2 jugak gaduh teruk. haha. Salah satu syarat yang telah disediakan oleh Danial ialah dia menyuruh isterinya Airysha tidur di atas sofa dan Danial tidur di atas katil. Jahatkan Danial ni ? Dalam jahat2 dia pun, ada jugak kebaikan dalam dirinya. Selepas berbulan-2 mereka berkahwin pergaduhan didalam perkahwinan mereka agak reda sedikit. Sebenarnya masing2 dah jatuh cinta antara satu sama lain. Cuma mereka tidak mahu meluahkannya...

Sampai disini sahajalah saya menceritakan kisah dalam novel ini, yang lain ? Baca sendiri. Kejam tak zana ? Hahahaha. Zana sebenarnya tak habis lagi baca novel ni. Hihi :3 Saja nak kongsi. Hope one day i can be like they are. Bahasa Inggeris gua hancur. Peduli apa gua. haha. Watlek *Peace yooo*  Thank you mil sebab kasi pinjam novel ni. Nanti aku pulangkan balik, hehehe.

Good Night. Sweet Dream.  Assalamualaikum.
M E . . .
| 5:21 AM | 0dreamer (s)
 Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)


SAYA SEORANG GADIS BERKACA MATA B
 Zana akui masa form 1 and form 2 zana memang tak pakai cermin mata masa dekat sekolah. Kecuali time belajar and dekat rumah. Entah kenapa malu sangat nak pakai. Sejak akhir tahun 2012 ni zana ingat nak pakai cermin mata dekat mana2 je termasuk bila dah masuk sekolah nanti. Bila difikirkan balik buat apa nak malu, Allah dah jadikan mata kita rabun kena la terima, kan ? Tak gituu. haha. *senyum lebar* Zana nak jadi diri sendiri mulai tahun depan. Tahun depan Zana PMR. Wish me luck guys. Yang lain pun goodluck jugak. Hhhmm.

  1. Picture number one .
 Why me so pemalas. Malas nak belajar. Ibu selalu bising, suruh buat latihan. Tapi zana ni still berdegil taknak buat jugak. Dalam hati nak dapat straight A. Asyik menghadap laptop je. Macam mana tu. Hhhmm *buat muka blur* Nak tuisyen ? tuisyen memang la bagus, tapi sama je macam tak tuisyen kalau tak study. Lebih baik study dekat rumah. If kat rumah tak study jugak. Pergi jela tuisyen seelok eloknya ada jugak cikgu yang mengajar. Tak faham ? buat faham je la ya. Hihi *peace*

Bukan taknak belajar, dalam hati ni berkata nak rehat. Rehat ? rehat la sangatkan. Berapa lama lagi aku nak rehat dah sebulan rehat. Adoooi, pening kepala ni ha *pegang kepala* buku latihan dah beli. Buat tu buat la jugak, tapi baru berapa muka surat. Haritu tonyel ada dekat rumah bukan aku nak belajar. Tension nyaaaaaaa ! *menjerit* InsyaAllah zana akan  buat yang terbaik untuk PMR tahun depan. Zana nak tunjukkan dekat ibu dan ayah yang zana lagi hebat dari abang-2. xoxoxoxo .

2. Picture number two .
Time tahun ni. Budak kelas selalu kata muka zana menyeramkan time zana marah atau senyap. Sampai diorang tak berani nak tegur zana. Pelik laaa. Mana ada seram, kan ? Diorang paling takut bila zana marah. Perghhh ! Gempakkan zana ? cehh bangga kejap. *Angkat kening* Siapa tak takut dengan ketua kelas kan. Perempuan pulak tu ketua kelasnya. Miss my classmate sp2.  Ingat tahun depan , kalau diorang lantik zana, zana taknak jadi dah. Zana nak jadi murid biasa. Because tahun ni banyak dugaan zana kena lalui masa jadi ketua kelas. Penat, tahu tak ? *muka marah*

INGAT ZANA NAK JADI MURID BIASA, FAHAM ? ! xD

3. Picture number three .
This picture about i'm bored at home. Huh *kesat peluh* Bosan tu memang la bosan. Biasa latukan. Semua orang bosan duduk rumah. Semua orang ? eh takda lah semua orang, segelintir la. Nak outing dengan seventeenagers *my member team* Tapi . . . k lupakan jela. Yang ada dekat rumah ada ibu dengan abang ajik je. Ayah kerja, abang boboy pun sama. Bila abang ajik keluar , tinggal ibu dengan aku jela. Asyik buat benda yang sama je setiap hari. Kadang2 ada la jugak keluar pergi jog dengan kawan. Kira okay la jugak. Nanti nak plan dengan seventeenagers pergi outing. Hope ibu kasi keluar.

4. Picture number four .
Yeaaahh ! This is me. Farzana Nordin. HAHA. Zana nak gabungkan gambar number 1, 2, 3. Gabungkan ? wooo ~ macam mana tu. K macam ni Number 1. Zana nak belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai 8A ! InsyaAllah. Number 2. Zana akan sentiasa senyum dan zana takkan masam-2, marah-2 dan sedih-2 lagi. Annddd Number 3. Zana takkan rasa bosan dekat rumah, dan sentiasa dengar apa kata ibuku yang tercinta :) Hihi. Happy Ending. I'm Good Girl.




Y e s t e r d a y :')
| 12:17 AM | 0dreamer (s)
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)

Yesterday. I'm wacthing this...

ISTANBUL AKU DATANG
 at youtube. After 50 minutes zana tengok tiba-2 hilang macam tu je *buat muka sedih* Maybe orang yang masukkan tu delete cerita tu kot. It's okay. Nasib baik cerita tu nak habis. Btw movie tu sweet sangat. Lisa Surihani so cute. Beto handsome. Hihi. Gatal kejap *kenyit mata* Nasib ada ubat untuk sembuhkan luka di hati ni. Abang Ajik bawak balik ayam UB Uncle Bob. Sedaaaaaaaaaapppp ! *jilat bibir* Zana yang habiskan. hehe. Sekali sekala makan banyak tak salahkan. Sekali sekala ? eh eh buka zana selalu makan banyak ke ? Adooi, kantoi sudah *garu kepala*. Macam mana la tak gemuk asyik makan je zana ni. Hihi. Biarlah orang nak kata kita apa pun asalkan diri sendiri happy. Right ?

Future